Seronok Belajar, Seronok Bermain

Kami menggabungkan pendekatan Montessori dan pembelajaran 100% bebas gajet, fokus pada aktiviti kehidupan sebenar yang membentuk kemahiran, disiplin dan kreativiti anak sejak awal.

WATCH VIDEO

Playschool (2-3 Tahun)

Kami menggunakan Modul Permata untuk kelas Playschool kami.

Tadika (4-5 Tahun)

Kami mengajar subjek berpandukan KSPK serta modul khas TACG: Si Cilik Sains, Si Chef Cilik & Petani Cilik.

Mengapa Memilih Afwah Cilik Genius?

Ibu bapa memilih Afwah Cilik Genius kerana ia menggunakan teknik Montessori tanpa gajet, modul yang eksklusif, selamat, berdaftar dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Montessori

Modul Khas Eksklusif

Berdaftar

Persekitaran Kondusif

Program Afwah Cilik Genius

Tadika (5-6)

Berikut adalah butiran pakej kami untuk anak-anak berumur 5-6 tahun:

🌟 Pakej Halfday
• Sarapan
• Silibus KSPK
• Aktiviti Montessori
• Latihan penyediaan makanan sesuai dengan umur mereka

🌟 Pakej Fullday
• Sarapan
• Silibus Kurikulum Prasekolah 2026(KPM)
• Aktiviti Montessori
• Latihan penyediaan makanan sesuai dengan umur mereka
• Makan tengah hari
• Minum petang
• Aktiviti keagamaan seperti solat dan doa harian
• Insentif membaca
• LDK (Latihan Dalam Kumpulan)

Playschool (2-3)

berikut adalah perincian bagi pakej yang TACG tawarkan:

🌟 Pakej Halfday
Sarapan
Buah-buahan (snack time)
Modul Permata (JKM)
Aktiviti Montessori
Aktiviti Fizikal

🌟 Pakej Fullday
Sarapan
Buah-buahan (snack time)
Modul Permata (JKM)
Aktiviti Montessori
Aktiviti Fizikal
Makan tengah hari
Minum petang
Aktiviti sensori
Aktiviti pra-tulis
Solat untuk anak-anak 4 tahun
Toilet training untuk anak-anak 4 tahun

Transit (7+)

Pakej Transit kami direka khas untuk membantu ibu bapa yang bekerja, dengan pengisian masa anak-anak yang selamat, terurus dan bermanfaat sehingga waktu petang.

Maklumat Yuran

  • Yuran Bulanan: RM410
  • Yuran Pendaftaran (sekali sahaja): RM100
  • Pakej Harian: RM50 / hari

 

Waktu Operasi

  • 7am – 6.30pm

 

Kemudahan & Pengisian

  • Makan 3 kali sehari
  • Bimbingan mengaji
  • Bantuan kerja sekolah
  • Pemantauan guru sepanjang masa
  • Persekitaran selamat & kondusif

Info Mengenai Afwah Cilik Genius

Afwah Cilik Genius membawa tagline “Seronok Belajar, Seronok Bermain”, melahirkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan sambil membentuk asas kukuh untuk perkembangan anak anda.

1

Program Montessori

2

Aktiviti Hands On Sepenuhnya

Di Afwah Cilik Genius, kami membimbing anak supaya suka belajar, berani mencuba dan membesar dengan akhlak yang baik serta hati yang yakin.

Apakah Kelebihan Afwah Cilik Genius?

Konsep Montessori

Pembelajaran "Zero Gajet"

Modul Khas Eksklusif

Guru-guru Terlatih

"Hands-On" Konsep

Berdaftar JKM &KPM

Apa Kata Ibu Bapa Afwah Cilik Genius

Galeri TACG

TADIKA

PLAYSCHOOL

FAQ

Soalan-soalan Lazim

Kami mempunyai 7 orang tenaga pengajar ketika ini 3 untuk Tadika, 3 untuk Playschool dan 1 Pembantu. Jumlah teacher akan ditambah mengikut pertambahan jumlah murid bagi memastikan nisbah yang selamat dan berkualiti.

Jumlah satu kelas 15 orang sahaja maximum.

Jika anak masih memakai pampers, kami tetap menerima tanpa sebarang masalah. Cuma pastikan bekalan pampers dan seluar adalah mencukupi.

Di tadika, guru akan melatih anak secara berperingkat sehingga mereka mampu ‘off’ pampers sendiri.

Contohnya, mula dengan 20 minit tanpa pampers, kemudian pakaikan semula; hari berikutnya tempoh akan dipanjangkan sedikit demi sedikit.

Persekitaran tadika juga membantu kerana anak melihat rakan-rakan lain ke tandas, menjadikan proses latihan tandas lebih cepat dan natural.

Jika anak masih minum susu menggunakan botol, boleh terus dibekalkan ke tadika.

Namun di rumah, kami galakkan ibu bapa mula membiasakan anak minum menggunakan cawan atau botol berstraw, dan ingatkan bahawa di sekolah rakan-rakan lain menggunakan cawan atau botol air sahaja.

Alternatifnya, boleh juga sediakan botol air yang ada straw sebagai langkah peralihan.

Jangan risau, cikgu akan membantu proses pembiasaan ini di Playschool/Tadika.

Semua anak akan diminta untuk baring semasa waktu rehat. Pada mulanya memang ada yang sukar untuk tidur, tetapi lama-kelamaan mereka akan terbiasa.

Tujuannya adalah untuk memastikan anak mendapat masa rehat yang mencukupi

Waktu operasi kami bermula dari 7.00 pagi hingga 6.30 petang (full day).

Mulai 6.31 petang, caj tambahan RM10 sejam akan dikenakan. Contoh: Jika anak diambil antara 6.31 hingga 7.00 malam, caj tambahan akan dikenakan.

Untuk half day, waktu operasi adalah 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (tiada makan tengah hari disediakan). Selepas 1.01 tengah hari, caj tambahan akan dikenakan.

Untuk full day, anak boleh dihantar Isnin hingga Jumaat. Hari Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah hari cuti.

a) Pakaian
– 2 pasang baju
– Tuala
– Plastik untuk baju kotor

b) Alat kebersihan diri & dandanan
– Berus gigi yang sesuai
– Ubat gigi
– Sabun mandi
– Sikat dan bedak (diletakkan di dalam beg)

c) Susu (jika perlu)
– Bawa susu dalam bekas pembahagi (milk compartment)
– Sediakan botol atau bekas susu yang bersih

Ibu bapa tidak perlu naik ke kelas. Teacher yang menyambut anak pada waktu datang akan membawa mereka naik, dan pada waktu pulang teacher akan bawa turun semula.

Jika hari hujan, ibu bapa boleh maklumkan anggaran waktu ketibaan supaya teacher dapat sediakan dan bantu membawa anak turun dengan lebih teratur.

Better Self Expression

Enhanced Creativity

Blog

Hubungi Kami

No Telefon / WhatsApp

Email

afwahcilikgenius@gmail.com
admin@afwahcilikgenius.com

Pendaftaran 2027 Sudah Di Buka!