Kerjaya & Peluang Bersama Afwah Cilik Genius

Afwah Cilik Genius sedang membuka peluang kerjaya kepada individu yang bersemangat dan berjiwa pendidik untuk menyertai pasukan kami sebagai Guru Tadika & Guru Playschool.

Bina Kerjaya

Insetif & Elaun

Hostel Di Sediakan

Kenaikan Gaji

Jawatan Di Afwah Cilik Genius

Guru Besar

Kami sedang mencari Guru Besar yang berwibawa, berpengalaman dan berjiwa pendidik untuk memimpin Tadika & Taska Afwah Cilik Genius.

Tanggungjawab Utama:

  • Mengurus dan memantau operasi harian tadika & taska
  • Membimbing serta memimpin pasukan guru dan staf
  • Memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut SOP
  • Merancang program pendidikan dan aktiviti perkembangan kanak-kanak
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa secara profesional dan berkesan
  • Memastikan keselamatan, kebajikan dan disiplin kanak-kanak terjaga


Kelayakan & Kriteria

  • Berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang baik
  • Berdisiplin, tegas tetapi penyayang
  • Komunikasi yang baik dengan staf dan ibu bapa
  • Mampu bekerja secara sistematik dan profesional
  • Keutamaan kepada calon yang pernah memegang jawatan pengurusan / penyeliaan

Guru Tadika (Murid 4-6 Tahun)

Kami sedang mencari Guru Tadika yang penyayang, berdedikasi dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan Tadika Afwah Cilik Genius.

Tanggungjawab Utama:

  • Mengajar dan membimbing kanak-kanak berumur 4–6 tahun
  • Menyediakan dan melaksanakan aktiviti pembelajaran harian
  • Memantau perkembangan akademik, emosi dan sahsiah kanak-kanak
  • Menjaga keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sepanjang waktu operasi
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa secara profesional
  • Mengikuti SOP, jadual dan perancangan yang ditetapkan

Kelayakan & Kriteria

  • Suka, sabar & sayang melayan kanak-kanak.
  • Boleh bekerjasama dalam pasukan
  • Bertanggungjawab & berdisiplin
  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Guru Playschool (Kanak-kanak 2-3 Tahun)

Kami sedang mencari Guru Playschool yang penyayang, sabar dan bertanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun di Taska Afwah Cilik Genius.

Tanggungjawab Utama:

  • Mengajar dan membimbing kanak-kanak berumur 4–6 tahun
  • Menyediakan dan melaksanakan aktiviti pembelajaran harian
  • Memantau perkembangan akademik, emosi dan sahsiah kanak-kanak
  • Menjaga keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sepanjang waktu operasi
  • Berkomunikasi dengan ibu bapa secara profesional
  • Mengikuti SOP, jadual dan perancangan yang ditetapkan

Kelayakan & Kriteria

  • Suka, sabar & sayang melayan kanak-kanak kecil
  • Boleh bekerjasama dalam pasukan
  • Bertanggungjawab & berdisiplin
  • Mempunyai Sijil KAP (Kursus Asuhan Permata)
  • Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 bulan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Pembantu

Kami sedang mencari Pembantu yang bertanggungjawab, rajin dan penyayang untuk membantu operasi harian Tadika & Taska Afwah Cilik Genius.

Tanggungjawab Utama:

  • Menyediakan dan memasak makanan untuk anak-anak
  • Membersihkan dan memastikan kawasan tadika sentiasa kemas dan selesa
  • Membantu guru dalam aktiviti harian dan pengurusan kelas bila diperlukan
  • Menjaga kebersihan peralatan, dapur dan ruang kanak-kanak
  • Membantu memastikan keselamatan dan kebajikan anak-anak terjaga


Kelayakan & Kriteria

  • Sihat tubuh badan dan bertenaga
  • Suka dan penyayang terhadap kanak-kanak
  • Rajin, bertanggungjawab dan berdisiplin
  • Boleh bekerja dalam pasukan
  • Berakhlak baik dan menepati masa
    (Pengalaman berkaitan adalah satu kelebihan)